Alaf Qurban adalah platform pengurusan digital terkini yang menghubungkan anda terus dengan rangkaian NGO dan syarikat antarabangsa berpengalaman. Kami uruskan sistem secara telus, rakan strategik kami laksanakan di lapangan. Gabungan sempurna untuk ibadah yang diyakini sah syarak.
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu."
Tahun Pengalaman Rangkaian NGO
Bahagian Diuruskan
Negara Pelaksanaan
Asnaf Menerima Manfaat
Kempen ini didukung teguh oleh asatizah dan ilmuan yang amat menitikberatkan ketelusan serta pematuhan syariah.
"Alaf Qurban mungkin nama baharu di pasaran, tetapi saya amat tertarik dengan kejujuran dan inovasi ketelusan yang mereka bawa. Mereka tidak mendabik dada menuntut kepakaran yang bukan milik mereka, sebaliknya bijak menjadi platform yang menyatukan jaringan NGO dan syarikat antarabangsa yang telah terbukti berpengalaman lebih 5 tahun di Afrika. Gabungan pengurusan digital Alaf Qurban yang cekap dan kepakaran rakan strategik di lapangan ini membuatkan saya yakin untuk meletakkan kepercayaan penuh bersama mereka."
Duta Alaf Qurban
"Saya menyokong penuh usaha murni Alaf Qurban kerana mereka amat menitikberatkan ketepatan hukum syarak dalam setiap urusan wakalah. Pengurusan bukti berserta video sembelihan penama secara tersusun memberikan kelegaan kepada setiap peserta. Inilah standard amanah yang sangat kita perlukan hari ini."
Duta Alaf Qurban
"Ibadah qurban bukan sekadar tentang sembelihan, ia adalah instrumen dakwah dan pembelaan sosial yang besar. Alaf Qurban menyediakan platform telus yang menyatukan kekuatan umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara seakidah kita di benua Afrika dengan penuh integriti dan profesionalisme."
Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM
"Pengurusan bersistem dan nilai amanah adalah paksi utama dalam menguruskan dana wakalah ibadah awam. Setelah meneliti kaedah dokumentasi dan SOP yang dibawa oleh pasukan Alaf Qurban, saya melihat kesungguhan luar biasa dalam menjaga piawaian syariah. Satu inisiatif yang wajar didokong bersama."
Pensyarah USIM
Proses Pengurusan Standard Operasi (SOP) yang memisahkan tugas pengurusan data di pihak kami, dan pelaksanaan teknikal oleh pakar di pihak rakan strategik.
Pilih pakej qurban (bahagian atau seekor) dan isikan borang maklumat peserta berserta akad di sistem terjamin OnPay kami.
Rakan kerjasama strategik dan NGO bertauliah di sana akan menapis dan memilih ternakan yang sihat, cukup syarat umur dan fizikal mengikut syarak.
Sembelihan dilakukan pada hari Tasyrik dengan sebutan nama peserta. Daging diagihkan terus kepada asnaf miskin dan pelarian di sana.
Selesai kempen, anda akan menerima laporan pelaksanaan beserta Sijil Digital (E-Sijil) berserta bukti bergambar/video sebagai rujukan.
Bagi merealisasikan harga paling mampu milik dan tepat kepada golongan asnaf yang amat kelaparan, pelaksanaan qurban tahun ini difokuskan di Uganda dan Kenya (Afrika). Pilih pakej pelaburan akhirat anda di bawah:
Alhamdulillah, 98% peserta meluahkan rasa puas hati dengan sistem pengurusan dan pelaporan qurban kami pada tahun-tahun sebelumnya.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Proses mudah, update jelas dan cepat. Memang puas hati!"
"Layanan sangat baik dan mesra. Setiap pertanyaan dijawab dengan cepat dan jelas. Terima kasih!"
"Sangat membantu dari awal hingga akhir. Tak sangka semudah ini. Syukur, segalanya dipermudahkan."
"Terima kasih atas servis yang sangat memuaskan. Profesional dan boleh dipercayai. InshaAllah akan repeat lagi."
"Pengalaman yang sangat baik. Semua dijelaskan dengan terperinci dan hasil kerja pun tip top. Recommended!"
Segala kekeliruan tentang perundangan, perlaksanaan dan teknikal dijawab telus di sini.
Kadar kemiskinan dan malnutrisi di sana sangat tinggi. Ramai saudara seakidah kita di pedalaman Afrika hanya merasa makan daging setahun sekali iaitu pada musim qurban. Kos ternakan di sana juga lebih rendah, membolehkan anda beribadah sambil memaksimakan pahala jariah dengan bajet mampu milik.
Hukumnya adalah **Sah** dan **Harus**. Ibadah qurban boleh diwakilkan (Wakalah) ke tempat/negara lain yang lebih memerlukan berdasarkan pandangan majoriti ulama, asalkan syarak sembelihan dipatuhi.
Ketelusan adalah janji kami. Anda akan menerima **video semasa sembelihan yang ada gambar banner penama peserta**. Sijil adalah secara e-sijil semata-mata dan akan diuruskan selepas selesai hari raya.
Ya, 100% selamat. Kami menggunakan gateway pembayaran korporat yang sah (FPX) menerusi platform OnPay. Anda boleh menggunakan mana-mana online banking bank tempatan (Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, dll) dengan mudah.
Sila isikan maklumat anda di bawah. Sistem pembayaran FPX kami dijamin 100% selamat.